Sunday, November 2, 2008

Syurga dan Neraka

Seorang guru pernah bercerita kepada saya. Katanya, diriwayatkan, tatkalaAllah selesai mencipta syurga, maka Allah memanggil malaikat untukmenyaksikan kehebatannya. Malaikat yang melihatnya telah terpesona dengankecantikan syurga lalu berkata "Nescaya semua orang akan mahukannya". LaluAllah melindungkan syurga itu dengan kemiskinan, kepayahan dan ujian. Makaberkata pula malaikat, "Nescaya, tiada yang akan berjaya".Kemudian Allah menciptakan neraka dan sekali lagi memanggil melaikat untukmelihat betapa azabnya siksaan yang ada di dalamnya. Malaikat yangmelihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnyaseraya berkata "Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya". Tetapikemudian Allah lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan keseronokan,berkatalah mereka "Nescaya tidak akan ada yang akan terlepas".Saya sebenarnya amat terkesan dengan riwayat ini. Dan beberapa kali jugasaya ulanginya di hadapan beberapa orang teman (terutama yang lebih junior)sebagai peringatan buat mereka dan diri saya sendiri terutamanya. Mengapa?Kerana riwayat ini sudah menjelaskan sesuatu yang perlu kita fahami secaraasas. Iaitu jalan ke syurga itu sememangnya dilitupi duri dan onak manakalajalan ke neraka sememangnya dipenuhi dengan kenikmatan.